Pengarah JPPM Negeri Kedah, Puan Mardiana binti Omar telah melakukan satu kunjungan hormat ke atas Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan (PKK) Negeri Kedah, Tuan Ameerul Izzat bin Muhammad di Pejabat PKK Negeri Kedah, Aras 3, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu'adzam Shah, 06550 Alor Setar, Kedah.